Sabtu, 2 April 2011

Negeri Melayu Bersekutu


Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral.

Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Sir Frank Swettenham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan