Isnin, 11 April 2011

LATIHAN PENGUKUHAN BAB 2 ( TINGKATAN 2)

Soalan-Soalan Pengukuhan.

1. Zaman Prasejarah

Malaysia pernah mengalami Zaman
Prasejarah. Susun Zaman Prasejarah
di Malaysia mengikut kronologi,

A Neolitik, Logam dan Paleolitik
B Logam, Neolitik dan Paleolitik
C Paleolitik, Logam dan Neolitik
D Paleolitik, Neolitik dan Logam

2. Zaman Paleolitik

Upacara Perkuburan

Mayat dikebumikan dengan barang-barang seperti makanan dan alat-alat batu

Berdasarkan maklumat di atas, upacara
Perkuburan tersebut dijalankan semasa.....

A Zaman Logam
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Paleolitik


3. Zaman Neolitik

Jadual di bawah menunjukkan
lokasi penempatan masyarakat x...

Lokasi Negeri
Gua Cha Kelantan
Bukit Tengkorak Sabah

Masyarakat X merujuk kepada.....

A Masyarakat Zaman Logam
B Masyarakat Zaman Neolitik
C Masyarakat Zaman Paleolitik
D Masyarakat Zaman Mesolitik

4. Zaman Logam

• Hidup Menetap
• Ada yang Masih Tinggal dalam Gua Berhampiran dengan Sungai.
• Mempunyai Adat Resam

Kesemua maklumat di atas
Merujuk kepada ciri-ciri penempatan
Masyarakat....

A Zaman Neolitik
B Zaman Paleolitik
C Zaman Mesolitik
D Zaman Logam

5. Maklumat di bawah berkaitan satu
kejayaan kajian sejarah..


Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia telah menemui kapak gangsa dan acuannya untuk menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.

Di manakah mereka menemui alatan
tersebut?

A Changkat Menteri, Perak
B Sungai Tembeling, Pahang
C Gua Harimau, Perak
D Lembah Bernam, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan